Berita Pendidikan

IBR: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) Ikrar Tolak Rasuah

IPOH, 14 September - Dalam meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen untuk bebas daripada gejala rasuah, telah berlangsung pertemuan dua hala bersama Warga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bertempat di Hotel Weil, Ipoh.

 

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi PPPNP, Ahli Lembaga Pengarah serta warga PPPNP menyatakan sokongan padu bagi menjadikan negeri Perak sebuah negeri yang bersih daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh TPj Ahmad Sabri bin Mohamed, Pengarah SPRM Negeri Perak.

 

PPPNP merupakan sebuah perbadanan yang menjana pendapatan kepada kerajaan negeri Perak melalui sektor perniagaan iaitu perladangan dan nurseri, kilang dan pemprosesan sawit dan lain-lain perniagaan. PPPNP turut menguruskan dana kerajaan dari aspek keagamaan, pendidikan, sosial dan pembangunan infra bagi kemudahan rakyat di negeri ini.

 

Turut hadir Tuan Haji Yahanis bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Tuan Haji Kahar bin Muktarudin, Ketua Pegawai Operasi PPPNP, Encik Asrol Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Kewangan PPPNP, PKPj Jaafar bin Tajudin, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SRPM Negeri Perak dan Ps Hazirah binti Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak serta pegawai-pegawai daripada Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak.


Hit : 1855