Berita Terkini

IBR: SPRM Negeri Kelantan Bersama Jabatan Sukarelawan Negeri Kelantan Memperkukuhkan Kefahaman Dalam Memerangi Jenayah Rasuah

KOTA BHARU, 06 September  –  Jabatan Sukarelawan (RELA) Negeri Kelantan dengan kerjasama SPRM Negeri Kelantan memperkukuhkan kefahaman dalam memerangi jenayah rasuah dengan mengadakan Ceramah Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Lanas 1, Jeli, Kelantan disertai seramai 45 orang warga RELA.

 

Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk "Hidup Bermaruah Tanpa Rasuah" disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan. Penceramah turut menyentuh berkaitan isu rasuah dalam penguatkuasaan yang melibatkan penguatkuasa RELA dalam perlaksanaan tugasan.

 

Akhir sekali warga RELA Negeri Kelantan menzahirkan komitmen memerangi rasuah melalui Lafaz IBR yang diketuai oleh YBrs. PPjKR Muhamad Aimran Hakim bin Abdul Alim, Pengarah RELA Negeri Kelantan.

 

Majlis IBR ini telah dirasmikan oleh PKPj Zakaria bin Taib, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Kelantan, di mana dalam ucapannya beliau berharap agar semangat lafaz IBR ini akan terus berkekalan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.


Hit : 1662