Berita Pendidikan

Forum Rasuah Dihindari, Hidup Diberkati Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) UiTM Cawangan Terengganu Bersama SPRM Negeri Terengganu

DUNGUN, 28 Ogos – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu (Kampus Dungun) dengan kerjasama SPRM Negeri Terengganu telah menjayakan Forum “Rasuah Dihindari, Hidup Diberkati”.

      

Forum yang berlangsung di Dewan Apirasi UiTM Cawangan Terengganu melibatkan kira-kira 300 peserta terdiri daripada pensyarah dan pegawai dari bahagian perolehan, kakitangan di bahagian pentadbiran, pembekal dan kontraktor yang terlibat dengan UiTM.

 

Ahli Panel bagi forum ini ialah PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PPj Zainal bin Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu dan Encik Azizan bin Azid, Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Terengganu membahaskan mengenai isu-isu rasuah berkaitan perolehan dan warga pendidik yang lazim berlaku di IPT.

 

Program diakhiri dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Mazidah binti Puteh, Rektor UiTM Cawangan Terengganu disaksikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Terengganu.

 

Turut hadir bersama YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah binti Syed Deraman, Timbalan Rektor (Akademik), YBrs. Prof. Dr. Ermeey binti Abdul Kadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Rosman bin Mahmood, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTM Cawangan Terengganu.


Hit : 1665