Berita Pendidikan

SPRM Negeri Kelantan berkolaborasi bersama Pejabat Agama Jajahan Tumpat menganjurkan Program Dialog “Cegah Rasuah Tanggungjawab Bersama”

TUMPAT, 24 Ogos - SPRM Negeri Kelantan berkolaborasi bersama Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan menganjurkan Program Dialog “Cegah Rasuah Tanggungjawab Bersama”.


Program ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Pengarah (Operasi) JAHEAIK, bertempat di Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Kelantan yang dihadiri seramai 50 orang terdiri dari pegawai-pegawai Pejabat Agama Jajahan Tumpat dan wakil-wakil dari Pejabat Tanah Jajahan Tumpat, Ahli Majlis Jajahan Tumpat, IPD Tumpat dan Penghulu- Penghulu Mukim seluruh Tumpat.


Program dimulakan dengan ceramah bertajuk “Kesalahan-Kesalahan Rasuah Di Bawah Akta SPRM 2009 - RASUAH Dihina, Maruah Dibina” disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan.


Program diteruskan dengan sesi dialog “Cegah Rasuah Tanggungjawab Bersama” yang menampilkan KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan sebagai panel dan Encik Ameer Al Sadat bin Anuar Al Sadat, Pegawai Dakwah, Pejabat Agama Jajahan Tumpat selaku Moderator.


Objektif penganjuran program adalah untuk menzahirkan kebertanggungjawaban secara bersama untuk membanteras perlakuan rasuah.



Hit : 2118