Berita Pendidikan

Program Jerayawara Kesan Penetapan Badan Awam Kepada Pertubuhan Peladang Ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Awam Tahun 2023

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos  -  SPRM Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu menganjurkan program “Jerayawara Kesan Penetapan Badan Awam Kepada Pertubuhan Peladang ke Arah Mencegah Ketirisan Dana Awam Tahun 2023“ di Bangunan Kompleks SPRM Negeri Terengganu.


Bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, program ini dihadiri lebih dari 300 peserta terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah (AJP), Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan, Daerah dan Negeri serta Pengurus-Pengurus Besar LPP, Ketua- Ketua Bahagian, Ketua - Ketua Unit dan kakitangan LPP Negeri Terengganu.


Sesi ceramah bertajuk "Pindaan Seksyen 3 ASPRM 2009 - Takrifan Badan Awam dan Kesannya kepada Pertubuhan Peladang" disampaikan oleh PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu dan kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi dialog "Bicarawara bersama  SPRM Terengganu" menampilkan Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, PKPj Sofian bin Haroon sebagai panel.


Turut hadir program ini YBhg. Datuk Haji Mohd Rosli bin Harun, Pengerusi AJP LPP Negeri Terengganu, Puan Norhaslina binti Abdul Halim Lim, Pengarah Unit Integriti LPP Ibu Pejabat, Encik Sidek bin Ismail, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP Ibu Pejabat dan Puan Hasmila binti Abas, Pengarah LPP Negeri Terengganu.


Hit : 1612