Berita Pendidikan

IBR: 160 Warga Kerja Dan Vendor Lantikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Berikrar Tolak Rasuah, Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa

SUBANG JAYA, 23 Ogos –SPRM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Antirasuah Perolehan Kerajaan dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah SPRM Negeri Selangor bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Selangor bertempat di Dewan Teater, Wisma TNB Subang Jaya, Selangor.

 

Program dimulakan dengan Taklimat Anti Rasuah oleh PPs Mohd Zamir bin Ahmad Zubid kepada 140 pegawai dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor dan 20 orang wakil vendor lantikan TNB Selangor yang memberikan penekanan berkaitan isu-isu ketirisan dan penyelewengan dalam perolehan kerajaan dan Seksyen 17(A) Liabiliti Korporat.

 

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh YBrs. Ir. Ts. Ahmad Rezahan bin Mohamad, Pengurus Besar Negeri (Stakeholder Affairs – Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya) disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

Turut hadir Encik Ahmad Petra Firdaus bin Abdullah, Integrity Business Partners, Bahagian Pembangunan dan Tuan Haji Mohd Daud bin Mohd Sharif, Presiden Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA).


Hit : 1793