Berita Pendidikan

IBR: SPRM Saksi Ikrar Bebas Rasuah Dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi PBLT Sdn Bhd

CYBERJAYA, 23 Ogos - SPRM hari ini hadir menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) yang dikelolakan oleh PBLT Sdn Bhd.

KPKPj Azmin bin Yusoff, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat telah hadir mewakili SPRM sebagai saksi lafaz ikrar dan pelancaran OACP yang diketuai Sr. Nor Khairiah Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Operasi PBLT Sdn. Bhd.

Program ini turut dihadiri oleh Tan Sri Datuk Seri (Dr) Mazlan Lazim, Pengerusi PBLT Sdn Bhd, barisan Lembaga Pengarah, kontraktor-kontraktor, pembekal dan kakitangan PBLT seluruh negara.

Program separuh hari ini juga melibatkan pameran daripada SPRM yang mempertontonkan video dan bahan-bahan pameran bagi memberi lebih banyak maklumat dan kefahaman kepada orang ramai tentang peranan serta fungsi perkhidmatan SPRM.

Hit : 1518