Berita Pendidikan

SPRM Dan KPKM Bekerjasama Anjur Forum Antirasuah Dan Ikrar Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - SPRM telah bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam penganjuran Forum Eksekutif Merdeka Tadbir Urus Terbaik di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

 

Forum ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan KPKM bersama SPRM untuk membudayakan antirasuah di KPKM dan agensi-agensi di bawahnya.

 

Dihadiri seramai 500 warga KPKM, forum ini diterajui moderator Encik Fahrin Ahmad bersama dua ahli panel jemputan, YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang, Mantan Ketua Audit Negara dan YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 

Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPKM dipimpin oleh Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, dan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki bersama Menteri KPKM, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.

 

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu dalam ucapannya memberi peringatan kepada warga KPKM agar sentiasa mematuhi arahan, mengamalkan integriti dalam menjalankan tugas seharian serta menjauhi salah laku rasuah.

Hit : 1827