Berita Pendidikan

Taklimat Insentif Daya Kerjaya Dan Kesedaran Sifar Rasuah Beri Fokus Isu Ketirisan Dalam Mengurus Peruntukkan Khas Kerajaan

JOHOR BHARU, 16 Ogos – PERKESO Negeri Johor dengan SPRM Negeri Johor telah berkolabrasi dalam penganjuran Taklimat Insentif Daya Kerjaya dan Kesedaran Sifar Rasuah.

 

Program membabitkan sesi penerangan berkaitan kesalahan utama rasuah dan langkah-langkah mencegah penyelewengan dan ketirisan peruntukan khas kepada majikan disusuli dengan taklimat insentif pelepasan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program antirasuah di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

 

Program anjuran bersama SPRM Negeri Johor dihadiri oleh PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Johor, Encik Tong Shing Chuang, Pengarah PERKESO Negeri Johor dan Encik Jamalludin bin Mohammad, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Johor dengan penyertaan seramai 40 majikan dan warga kerja PERKESO Negeri Johor.

Hit : 1634