Berita Pendidikan

IBR: Program Pemantapan Anti Rasuah Dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Bera, Pahang

BERA, 9 Ogos – Pentadbiran PDT Bera dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pemantapan Anti Rasuah dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Bera, Pahang melibatkan 90 orang pegawai dan kakitangannya termasuk 44 orang ketua jabatan kerajaan dalam daerah Bera bertempat di Dewan Kompleks Sukan Rakan Muda, Bera.

Lafaz IBR dipimpin oleh YH. Dato' Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmad, Pegawai Daerah Bera disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.

Terdahulu, pada 8 Ogos 2023 sesi ceramah anti rasuah telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Bera dihadiri seramai 98 orang warganya. Ceramah yang disampaikan mengupas berkenaan peranan SPRM, bentuk-bentuk suapan dan kesalahan rasuah dan menekankan kewajipan melapor kesalahan rasuah kepada SPRM.


Hit : 1620