Berita Menarik

IBR: 50 Pegawai Eksekutif Dan Kakitangan Yayasan Hasanah Berikrar Tolak Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

SHAH ALAM, 8 Ogos – SPRM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Taklimat Dan Dialog Anti Rasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) SPRM Negeri Selangor bersama Yayasan Hasanah yang disertai 50 orang pegawai eksekutif dan kakitangan Yayasan Hasanah bertempat di Level 3, Dataran PHB, Shah Alam.

Program dimulai dengan Lafaz IBR diketuai oleh YBhg. Dato' Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan disaksikan oleh PKPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.

Program diakhiri dengan Taklimat Anti Rasuah yang disampaikan oleh PPj Mohamad Firdaus bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor yang memberikan fokus kepada kesalahan di bawah Liabiliti Korporat Seksyen 17(A) dan lain-lain kesalahan-kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009.


Hit : 1320