Berita Terkini

IBR: SPRM Negeri Kelantan Bersama Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan Memperkukuhkan Kefahaman Dalam Memerangi Jenayah Rasuah

KOTA BHARU , 07 Ogos – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan menyahut seruan SPRM Negeri Kelantan dalam memerangi jenayah rasuah dengan mengadakan Ceramah Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan JBS Kota Bharu yang dihadiri seramai 55 orang warganya.

Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk "Kesalahan-kesalahan Rasuah di bawah Akta SPRM 2009" yang disampaikan oleh PKPs Jefrimazuan bin Hasnan, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan dan turut menyentuh berkaitan rasuah dalam perolehan yang melibatkan dokumentasi kewangan.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah dirasmikan oleh KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Dalam ucapan beliau berharap agar semangat lafaz ikrar ini akan terus berkekalan dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

Akhir sekali warga JBS Negeri Kelantan menzahirkan komitmen memerangi rasuah melalui lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBS Negeri Kelantan.

Turut hadir Puan Naziah binti Dolla, Timbalan Pengarah (Belia) JBS Negeri Kelantan dan Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Negeri Kelantan.


Hit : 1835