Berita IBR

IBR: Kolej Komuniti Segamat Lafaz IBR Zahir Komitmen Memerangi Rasuah

SEGAMAT, 27 Julai - Warga Kolej Komuniti Segamat menzahirkan komitmen memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bersama SPRM menerusi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

 

Menurut Ts. Mohd Azaharuddinbin Mohd Nadzri, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Kolej Komuniti Segamat, tanggungjawab memerangi rasuah perlu dititikberatkan bagi memastikan jenayah tersebut dapat dihapuskan.

 

"Kita perlu bersama SPRM membanteras rasuah bagi menghapuskan rantaian jenayah tersebut dapat diputuskan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang berlangsung di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Segamat.

 

Sementara itu, Ts. Mohd Azaharuddin telah mengetuai sesi menandatangani IBR, disaksikan oleh PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Johor.

 

Manakala sesi lafaz IBR pula diketuai oleh Mohd Hanif bin Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Kolej Komuniti Segamat dan disaksikan juga oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Johor.

 

Turut hadir Ts. Nazila binti Mansor, Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Segamat dan PsK Zulhalim bin Hussin, Ketua Cawangan SPRM Segamat.

 

Terdahulu, PPs Mohd Hassan bin Sulaimi pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Johor menyampaikan ceramah pencegahan rasuah kepada peserta yang hadir.

Hit : 1128