Berita Terkini

IBR: Program Pemantapan Anti Rasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Warga Kolej Komuniti Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Julai – Seramai 84 warga kerja Kolej Komuniti Kuala Terengganu hadir menjayakan Program Pemantapan Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Besar, Kolej Komuniti, Kuala Terengganu.

Program dimulai dengan sesi ceramah bertajuk “Anti Rasuah dan Pemantapan Budaya Kerja Berintegriti Penjawat Awam” yang disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Terengganu. Sesi ceramah ini telah memberikan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa khususnya di sektor perolehan serta dapat meningkatkan kesedaran berkaitan integriti dalam organisasi.

Program diakhiri dengan lafaz ikrar dan sesi menandatangani dan penyerahan dokumen IBR oleh Tuan Haji Mohd Rusmi bin Abdul Ghani, Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan disaksikan oleh PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu.

Turut hadir Puan Hajah Norfazliana binti Romli, Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Cik Nik Suliati binti Nik Awang, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Kolej Komuniti Kuala Terengganu serta Pegawai-Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Terengganu.


Hit : 1580