Berita Pendidikan

Bicara Antirasuah SPRM Negeri Kelantan Bersama Jabatan Mufti Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 13 Julai - SPRM Negeri Kelantan bersama Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah telah mengadakan Program Bicara Antirasuah melibatkan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Kelantan seramai 37 orang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

Ceramah telah disampaikan oleh Ps Wan Siti Junaida Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Ps Wan Siti Junaida Ismail menghuraikan secara terperinci 4 kesalahan utama di bawah Akta SPRM 2009 berkaitan perlakuan rasuah di kalangan penjawat awam di negara ini.  Turut dikongsi contoh-contoh kes sebenar rasuah dalam perolehan kerajaan serta impak kepada individu, organisasi dan pembangunan ekonomi negara. Turut ditekankan juga berkaitan kewajipan melaporkan rasuah dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi menyakinkan pemberi maklumat.

Turut hadir dalam program ini YBerhormat Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan YBerhormat Sahibus Fadhilah Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.


Hit : 1805