Berita Pendidikan

Program Anti Rasuah Bersama Kolej Komuniti Jelebu Negeri Sembilan

JELEBU, 11Julai – Kolej Komuniti Jelebu dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif mendidik warga kerja Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) Negeri Sembilan mengenai rasuah dalam Program Anti Rasuah melibatkan seramai 55 orang warga KKJU terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran yang terlibat secara langsung menguruskan perolehan kerajaan.

Ceramah bertajuk "Kesalahan Rasuah, Isu Perolehan dan Hadiah" disampaikan oleh PPs Riduan bin Kadri dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Sembilan.

Encik Ishamuddin bin Ishak, Pengarah KKJU dalam ucapannya menyeru seluruh warga KKJU bekerja dengan penuh integriti dan menjadikan pekerjaan sebagai ibadah bagi mendapatkan keberkatan seterusnya  menghindarkan diri daripada melakukan rasuah. Seterusnya Pengarah KKJU mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) disaksikan oleh KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan mengambil kesempatan mengadakan sesi "Sembang Santai" bersama warga KKJU dengan berkongsi pengalaman dalam mengendalikan kes rasuah berkaitan perolehan melibatkan sektor pendidikan.


Hit : 1917