Berita Pendidikan

Program Perhimpunan Anti Rasuah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

SEREMBAN, 6 Julai – Bagi memupuk nilai antirasuah dalam kalangan warga kerja, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program kesedaran 'Beringat Sebelum Kena' bertempat di Dewan Dato Hj Hamzah dengan kehadiran seramai 60 orang warga kerja JBPM yang terlibat secara langsung dalam bidang penguatkuasaan.

Program dimulakan dengan ceramah "Kesalahan Rasuah dalam Penguatkuasaan" yang telah disampaikan oleh PPs Riduan bin Kadri, Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Sembilan.

Seterusnya, PPjB Abdul Khair bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Sembilan telah menyampaikan amanat dengan memberi peringatan kepada warga kerja JBPM agar mengamalkan nilai anti rasuah dalam menjalankan tugas serta memastikan pentadbiran, operasi penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih telus dan bebas daripada rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Pengarah JBPM, Negeri Sembilan dengan disaksikan oleh KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.


Hit : 1569