Berita Pendidikan

Forum Pembudayaan Anti Rasuah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

SEREMBAN, 5Julai - Inisiatif strategik dalam memupuk nilai anti rasuah dalam kalangan warga pendidik, SPRM Negeri Sembilan dengan kerjasama Angkatan Mahasiswa AntiRasuah (AMAR) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) telah menganjurkan 'Forum Pembudayaan Anti Rasuah' dihadiri seramai 227 orang peserta terdiri daripada pelajar tahun akhir, AMAR dan pensyarah IPGKRM bertempat diBalai Ilmu IPGKRM.

Barisan panel jemputan terdiri daripada PPj Yasmin Azura binti Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan, Puan Hajah Halimah binti Haji Che Mat, Timbalan Pengarah IPGKRM dan Yang Dipertua Pelajar IPGKRM, Jeremiah Lucas Jugo Anak David,mengupas senario rasuah dan usaha pencegahannya dalam institusi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang berani menolak serta cakna impak negatif rasuah dalam kalangan masyarakat.

Sepanjang forum berlangsung,sesi interaksi dua hala diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang rasuah dalam perkhidmatan awam yang akan ditempoh oleh mahasiswa dan mahasiswi kelak.


Hit : 1512