Berita Pendidikan

Forum Khas Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Universiti Sains Islam Malaysia

NILAI, 3 Julai - Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan telah menganjurkan Forum Khas 'From Money To Honey' bertempat di Galeri Canselori USIM dengan dihadiri seramai 40 orang mahasiswa dari semester akhir dan AMAR USIM.

'Manisnya Duit Sekiranya Kita Jujur' merupakan perkongsian yang dikendalikan oleh moderator Encik Ahmad Iqbal Hadi bin Mohd Zamani, Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar USIM bersama panel jemputan PPj Yasmin Azura binti Hj Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan dan Encik Mohd Asri bin haji Husain, Pengarah Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) USIM yang mengupas isu rasuah dari sudut undang-undang serta cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar tahun akhir mahasiswa USIM yang bakal menjadi pemimpin generasi akan datang.

Turut diadakan sesi soal jawab dan kuiz bagi memberi pemahaman yang lebih jelas tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.


Hit : 1632