Berita Pendidikan

SPRM Dekati Warga Jabatan Muzium Malaysia Melalui Program Antirasuah Secara Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Kerjasama SPRM dengan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) terus digembleng dalam memberi pendedahan berkaitan pemahaman, kesedaran dan pelaksanaan inisiatif antirasuah bagi mengekang jenayah itu dari terus berlaku. Beberapa siri program juga telah disusun melibatkan semua kakitangan Jabatan Muzium Malaysia. Terdahulu, Program Risiko Rasuah Dalam Perolehan JMM telah diadakan pada 30 Mei 2023.

Hasrat JMM ini telah diterjemahkan dalam ucapan Ketua Pengarahnya, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim agar mutu penyampaian perkhidmatan awam terus kekal cemerlang, mengamalkan integriti dan bebas rasuah sejajar dengan akujanji lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JMM.

Lafaz IBR telah dipimpin oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Pembangunan JMM, Zulkifli Ariffin bersama 50 warga JMM dengan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor. 

Program diteruskan dengan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah (OACP) Jabatan Muzium Malaysia 2023 - 2027 yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Norizan Mohamed Naim, mewakili Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Dato' Indera Noridah Abdul Rahim.


Hit : 1422