Berita Terkini

IBR: Pensyarah Dan Kakitangan Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam Berikrar Tolak Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

PUNCAK ALAM, 27 Jun  –  SPRM Negeri Selangor hari ini telah menganjurkan Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) SPRM Negeri Selangor Bersama Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam yang telah diadakan di Dewan Kuliah 500, Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Program dimulai dengan Taklimat Anti Rasuah yang disampaikan oleh PPj Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Perundingan dan Pemeriksaan SPRM Negeri Selangor yang memberi fokus kepada isu perolehan kerajaan dan pembangunan.

Program ini disertai seramai 80 orang peserta secara bersemuka yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan yang terlibat dalam bidang Perolehan dan Pendidikan.

Program diteruskan dengan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr Abu Bakar bin Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan disaksikan oleh YBhg. TPj Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.                                                                        


Hit : 1542