Berita Terkini

Polycc Zon Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Perkasa TVET Melalui Program Anti Rasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah

SHAH ALAM, 26 Jun – SPRM Negeri Selangor telah menganjurkan Program Antirasuah Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah SPRM Negeri Selangor Bersama Politeknik Dan Kolej Komuniti Zon Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan di Dewan Al – Jazari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 

Program dimulai dengan Taklimat Anti Rasuah yang disampaikan oleh PPj Muhammad Firdaus Bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor yang memberi fokus kepada isu perolehan kerajaan dan pembangunan.

 

Program diteruskan lagi dengan Majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang telah diketuai oleh YBrs. Dr. Norhayati Binti Zakaria, Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disaksikan oleh TPj Dato’ Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.         

                                                               

Program ini disertai seramai 800 orang peserta secara bersemuka yang terdiri daripada warga pendidik dan kakitangan dari 4 buah Politeknik dan 10 buah Kolej Komuniti Zon Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dalam bidang Perolehan dan Pendidikan.

 

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan dan penyerahan bahan kempen antirasuah.


Hit : 1358