Berita Pendidikan

SPRM Perkukuh Jatidiri Warga MAQIS

PUTRAJAYA, 20Jun - SPRM dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bekerjasama menganjurkan Program Pengukuhan Integriti Bersama SPRM dalam usaha memberi kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya rasuah dalam penguatkuasaan kawal selia sempadan bertempat di Dewan Serbaguna KPKM, Wisma Tani.

 

Program dihadiri 100 pegawai dan kakitangan MAQIS diisi dengan slot ceramah dan dialog berkaitan kesalahan rasuah, kewajipan melapor dan isu rasuah dalam penguatkuasaan.

 

Program diakhiri dengan Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin Ketua Pengarah MAQIS, Shamsul Akhbar Sulaiman disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.


Hit : 1587