Berita IBR

IBR: Majlis Lafaz Dan Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kolej Komuniti Jerantut dan Kolej Komuniti Lipis, Pahang

JERANTUT, 19 Jun - Telah berlangsung Majlis Lafaz dan Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan 42 orang pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Jerantut dan Kolej Komuniti Lipis bertempat di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Jerantut, Pahang.

 

Majlis dimulakan dengan taklimat antirasuah yang disampaikan oleh PPs Sutriska bin Sam Basri, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Objektif program ini adalah meningkatkan kefahaman pegawai dan kakitangan dalam menjalankan tugas harian bagi mengelak berlakunya ketirisan dalam urusan perolehan kerajaan.

 

Lafaz IBR telah dipimpin oleh Encik Mohd Zool Fazlee bin Basir, Pengarah Kolej Komuniti Jerantut manakala Cik Nurul Farhana binti Mokhtar, Pengarah Kolej Komuniti Lipis menandatangi IBR disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.

Hit : 1074