Berita Pendidikan

IBR: Majlis Lafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu dan Sesi Dialog bersama SPRM Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 14 Jun – Seramai 120 warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah menzahirkan komitmen dalam usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Utama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Lafaz ikrar ini disaksikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

Terdahulu, satu sesi dialog di antara SPRM Negeri Terengganu bersama pegawai-pegawai JBPM Negeri Terengganu di mana Pengarah SPRM Negeri Terengganu dan Yang Setia PPjB Haji Hassan ‘As‘Ari bin Haji Omar, Pengarah JBPM Negeri Terengganu dijemput sebagai Ahli Panel dialog berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan dalam dialog ini adalah berkaitan isu disiplin pegawai dan anggota Bomba serta peranan Ketua Jabatan dalam menyebarluas mesej antirasuah. Selain itu, perkara lain yang disentuh adalah berkaitan isu pentadbiran, perolehan dan peranan kedua-dua agensi.

Turut hadir PgKB I Mohd Khairiri Bin Mat Resad @ Arshad, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Ketua-Ketua Balai Bomba Daerah dan pegawai-pegawai Unit PenMas SPRM Negeri Terengganu.


Hit : 1609