Berita IBR

IBR: Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang

KUANTAN, 12 Jun – JKKP Pahang mengambil inisiatif untuk mengukuhkan pengetahuan anti rasuah dengan mengadakan Majlis IBR. Majlis ini berlangsung di Dewan Dato’ Bahaman, Wisma PERKESO melibatkan 65 orang pegawai serta kakitangan.


Majlis dimulakan dengan sesi dialog bersama penceramah PPs Sutriska bin Sam Basri daripada Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Ceramah yang disampaikan menerangkan kepada para peserta tentang bahayanya jenayah rasuah kepada individu dan organisasi. Perkongsian ceramah juga menyentuh isu berkaitan perolehan dan penguatkuasaan.


Sesi lafaz IBR diketuai oleh Encik Ahmad Fauzi bin Awang, Pengarah JKKP Pahang dan disaksikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.


Turut hadir PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.


Hit : 1202