Berita Pendidikan

AMAR Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperkasakan pencegahan rasuah di peringkat pengajian tinggi

KOTA BHARU, 11 Jun – Telah berlangsung Program Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama SPRM Negeri Kelantan melibatkan tiga kampus iaitu Bachok, Pengkalan Chepa dan Jeli bertempat di Kompleks Akademik UMK, Bachok Kelantan. Program ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan juga Penyelaras AMAR UMK.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk Kesalahan-Kesalahan Rasuah di bawah Akta SPRM 2009 disampaikan oleh PKPs Jefrimazuan bin Hasnan.

Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh Prof Madya Ts Dr Muhamad Saufi bin Che Rusuli, Pengarah Kanan HEPA dan program dirasmikan oleh KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan.

Pengisian program AMAR diteruskan dengan bacaan Lafaz Ikrar AMAR yang diketuai oleh Jaya A/P Seegar, Presiden AMAR UMK serta tayangan Montaj berkaitan program yang telah dilaksanakan oleh Ahli AMAR UMK. Kemuncak program ini adalah penyampaian Bahan Kempen dan Sijil kepada semua peserta serta hadiah kepada pemenang program Amazing Race yang telah disertai oleh ahli AMAR.


Hit : 1949