Berita IBR

IBR: Pejabat Tanah Mersing Zahir Komitmen Bersama SPRM Perangi Rasuah

MERSING, 1 Jun – Warga Pejabat Tanah Mersing menzahirkan komitmen memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

 

Pentadbir Tanah Mersing, Tuan Abdul Hakim bin Abd. Manap berkata, kesepakatan dalam melafazkan IBR ini merupakan aku janji setiap dari warga Pejabat Tanah Mersing untuk terus bebas daripada salah laku rasuah

 

Tuan Abdul Hakim mengetuai sesi lafaz dan menandatangani IBR, dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Johor, PKPj Sheikh Hamadi bin Sheikh Abdul Hamid. Turut hadir dalam majlis tersebut, Penolong Tadbir Tanah I, Tuan Muhammad Asyraf bin Abd Aziz dan Penolong Tadbir Tanah II, Cik Nurul Nazziera binti Azhar.

 

Terdahulu, PPs Mohd Hassan bin Sulaimi, pegawai daripada Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM Johor, telah menyampaikan ceramah pencegahan rasuah kepada semua peserta yang hadir


Hit : 1344