Berita Terkini

SPRM Zahir Komitmen Bantu Universiti Sains Islam Malaysia Perangi Rasuah

Nilai, 30 Mei 2023 – SPRM menyatakan komitmen untuk membantu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam penganjuran Program Antirasuah di USIM. Ia dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor semasa hadir sebagai saksi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) USIM di Dewan Senat hari ini.

 

Majlis yang dianjurkan Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH), USIM ini dihadiri 40 Ketua-Ketua Jabatan dan Pensyarah-Pensyarah Kanan USIM.

 

Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang turut memimpin lafaz IBR dalam ucapannya turut berharap agar dengan pelaksanaan IBR ini dapat membantu Ketua-Ketua Jabatan dan Pensyarah-Pensyarah Kanan di USIM meningkatkan nilai integriti dalam diri seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.


Hit : 1772