Berita Terkini

Program Antirasuah Penguatkuasaan dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak Bersama SPRM Negeri Selangor

SELAYANG, 30 Mei – SPRM Negeri Selangor telah mengadakan Program Antirasuah Penguatkuasaan dan Pelancaran OACP serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Daerah dan Tanah Gombak Bersama SPRM Negeri Selangor, bertempat di Bilik Mesyuarat Permatang Quartza, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak. Program ini disertai seramai 200 orang terdiri daripada pengurusan kanan, pegawai dan kakitangan.

 

Program dimulai dengan taklimat kesalahan-kesalahan di bawah ASPRM 2009 yang telah disampaikan oleh PPj Muhamad Firdaus bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor, dengan fokus isu-isu amalan rasuah dalam penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran tanah, serta langkah-langkah pencegahan rasuah.

 

Program diteruskan dengan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dan seterusnya majlis melafaz dan menandatangani IBR yang telah diketuai oleh Pegawai Daerah Gombak, YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

 

Turut hadir, Puan Nur binti Sapran @ Shahran, Ketua Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Program diakhiri dengan penyerahan bahan kempen antirasuah kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.


Hit : 1866