Berita IBR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kelantan Menganjurkan Program Kolaborasi Secara Serampang Tiga (3) Mata Bersama Adun Chempaka Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 30 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan telah mengadakan program secara berkolaborasi bersama ADUN Chempaka, Negeri Kelantan dengan menganjur Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa, Kelantan.

 

Program dimulakan dengan penyampaian ceramah bertajuk Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama “Rasuah Dihina Maruah Dibina” yang disampaikan oleh Ps Wan Siti Junaida Binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood, ADUN Chempaka. YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood menegaskan akan memberi sokongan yang padu dan berterusan kepada SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan barisan kepemimpinan dan seluruh masyarakat khususnya di bawah DUN Chempaka.

 

Majlis seterusnya mengupas isu-isu rasuah dalam sesi diskusi “Program Anti Rasuah, Cakna Masyarakat atau Tidak?”. Panel 1, YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood, ADUN Chempaka. Panel 2, YBrs. KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Manakala Moderator adalah En. Muhammad Alfikri bin Abdullah.

 

Kesinambungan penzahiran niat dan hasrat serta tanggungjawab dalam mencegah jenayah rasuah telah dilafazkan melalui Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood, ADUN Chempaka bersama seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada Penggawa, Penghulu, Imam dan Ketua Masjid serta barisan kepimpinan masyarakat yang menguruskan tugas di bawah Dun Chempaka. Kemuncak acara adalah menandatangani sijil IBR oleh YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood, ADUN Chempaka disaksikan oleh Tuan Pengarah SPRM Negeri Kelantan. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Hasmi bin Ab Rahman, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Chempaka.


Hit : 1258