Berita Pendidikan

SPRM Anjur Program Penguatkuasa Bebas Rasuah Melibatkan Perkhidmatan Di Kaunter JPJ

PUTRAJAYA, 29 Mei - SPRM telah bekerjasama dengan Bahagian Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganjurkan Program Penguatkuasa Bebas Rasuah JPJ 2023 memfokus kepada perkhidmatan di kaunter JPJ di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM di sini.

 

Seramai 80 pegawai dan kakitangan JPJ yang bertugas di kaunter ibu pejabat, negeri dan cawangan telah menyertai program ini sebagai pendedahan dan kefahaman berkaitan risiko rasuah yang boleh berlaku ketika menjalankan tugas. Kumpulan sasar ini dipilih berdasarkan semakan ke atas kes terdahulu dan peluang serta ruang rasuah ketika berurusan dengan pelanggan yang sering diberi persepsi negatif kononnya terlibat rasuah.

 

Program dimulakan dengan sesi berinteraksi mengesan risiko, diikuti ceramah mengenai kesalahan rasuah, majlis dialog dan perkongsian daripada bekas pesalah rasuah bagi menyuntik kesedaran mengenai kesan rasuah kepada diri dan keluarga.

 

Kemuncak acara semua peserta melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Outreach PenMas SPRM, KPKPj Ab. Muniem Ibrahim. Turut hadir Pengarah Integriti JPJ, KPKPj Hasbilah Mohamad Salleh.


Hit : 1218