Berita Terkini

Program Pencegahan Rasuah bersama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB)

KOTA BHARU, 28 Mei - Program sehari bersama AMAR IPGKKB, Kota Bharu dengan kerjasama SPRM Negeri Kelantan bertempat di Dewan Asrama IPGKKB, Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri seramai 310 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah IPGKKB.

 

Program dimulakan dengan ceramah Pencegahan Rasuah dan Kesalahan-Kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh PPs Sriharyani binti Mohamed dan program diteruskan dengan Majlis Lafaz Ikrar AMAR yang diketuai oleh Pengerusi AMAR IPGKKB.

 

Seterusnya sesi dialog bertajuk “Kesedaran Rasuah,  Mahasiswa Berkualiti” menampilkan dua orang panel iaitu KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan dan Dr Mohd Ridhuan bin Jusoh, Timbalan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral manakala Moderator bagi dialog ini adalah Encik Mohd Hazim Hakimi bin Mazdi, mahasiswa IPGKKB.

 

Sesi dialog kali ini penuh bermakna dengan kupasan dari sudut perundangan dan hukum agama serta isu- isu rasuah di dalam dan luar negara yang memberi impak kepada rakyat khususnya para mahasiswa peneraju Malaysia Madani.  

 

Turut hadir ialah Dr Khairuddin bin Said, Pengarah IPGKKB, Dr Mohd Zamri bin Abdullah, Penasihat AMAR IPGKKB dan Dr Osman bin Kadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKKB.


Hit : 1438