Berita IBR

Program Anti Rasuah (Perolehan) TNB Grid Maintenance South (Subzone Ayer Keroh)

MELAKA, 25 Mei - Hari ini telah berlangsung Program Anti Rasuah (Perolehan) bersama warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertugas di Grid Maintenance South (Subzone Ayer Keroh), Bahagian Grid.

Program bertujuan untuk memberi pendedahan dan pencerahan berkaitan dengan seksyen kesalahan Akta SPRM 2009 dan 'lesson learnt' dari kes-kes contoh jenayah rasuah.

Program diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Encik Nik Mohammad Fadzlan bin Mat Yasin, Principal Engineer Grid Maintenance South.

Taklimat telah disampaikan oleh PsK Ahmad Faizul bin Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Melaka dan dibantu oleh PPs Aiman bin Mohd Jusoh dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Melaka.


Hit : 1218