Berita Terkini

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)

KOTA BHARU, 22 Mei  –  Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkolaborasi bersama SPRM Negeri Kelantan dengan pelaksanaan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan Seminar, Wisma Air Kelantan.

 

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Kesalahan-kesalahan rasuah di bawah ASPRM 2009” dan perkongsian kes sebenar disampaikan oleh Ps Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kelantan. Penceramah turut menyentuh berkaitan rasuah dalam perolehan yang melibatkan dokumentasi kewangan.

 

Program diteruskan dengan Taklimat Liabiliti Korporat bagi Organisasi Komersial, Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) disampaikan oleh PKPs Jeffrimazuan bin Hasnan.

 

Seterusnya Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh  YBhg. Dr. Haji Nazmi bin Ghazali Azmi, Pengurus Besar AKSB bersama-sama 62 orang warga kerja AKSB dan disaksikan oleh PPj Azizi bin Abd Latif, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kelantan.


Hit : 1256