Berita Terkini

Program Antirasuah Dalam Perolehan bersama warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak

IPOH, 22  Mei  — Menerusi kesinambungan kepada Sesi Bual Bicara Antirasuah 'Jangan Ada Dusta' di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada 7 Februari lalu, SPRM Negeri Perak meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Zon Perak dengan mengadakan Program Antirasuah bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

 

Antara pengisian program telah diadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diketuai oleh YBrs. Haji Meor M Sharifuddin bin Haji Meor Shukri, Timbalan Pengarah JPPKK Zon Perak mendahului 550 warga kerja JPPKK Zon Perak dan disaksikan YBhg. Dato Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad, Pengarah SPRM Negeri Perak.

 

Program diteruskan dengan PPs Ali bin Mohammad, Pegawai Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak menyampaikan ceramah antirasuah dalam perolehan yang memfokuskan kepada isu-isu ketirisan perolehan kerajaan sama ada pembelian barangan, pembekalan serta perkhidmatan yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan sekiranya ianya tidak dibendung.


Hit : 1332