Berita Pendidikan

Forum Cakna Anti Rasuah Sasar Sebarluas Mesej Kepada Penguatkuasa PBT Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 18 Mei – Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu telah menganjurkan satu forum yang mensasarkan penguatkuasaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Terengganu.

 

Forum yang berlangsung selama dua jam di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman ini melibatkan tujuh PBT dengan kehadiran kira-kira 180 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota penguatkuasa termasuk ahli-ahli Majlis PBT.

 

Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Hazrul Shahreen bin Abd Yazid bersama Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Segamat, YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria dan Naib Presiden ACeIO Malaysia, Encik Mohd Rezaidi bin Ishak telah hadir sebagai panel jemputan dalam forum yang dikendalikan oleh Encik Mohd Juhari bin Ab Kadir dari Unit Integriti, Universiti Malaysia Terengganu.

 

Forum ini telah disempurnakan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Sabri bin Mohamed, Presiden ACeIO Malaysia serta PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu.


Hit : 1330