Berita Pendidikan

Program Perhimpunan Anti Rasuah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Peringkat Negeri Sembilan

SEREMBAN, 17 Mei – Bagi memupuk nilai antirasuah dalam kalangan warga kerja, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCOrp) Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Perhimpunan Anti Rasuah di Dewan Al-Fateh SWCorp Negeri Sembilan dengan kehadiran seramai 106 orang warga kerja yang terdiri daripada Unit Penguatkuasaan dan Unit Kewangan.

 

Program dimulakan dengan ceramah "Kesalahan Rasuah & Isu Penguatkuasaan" yang disampaikan oleh PPs Mohd Shamsul Amin bin Mat Salim, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Sembilan.

 

Seterusnya, Puan Siti Yusnita binti Mohamad Yusof, Timbalan Pengarah SWCorp Negeri Sembilan telah menyampaikan amanat dengan memberi peringatan kepada warga kerja SWCorp agar mengamalkan antirasuah dalam menjalankan tugas serta memastikan pentadbiran, operasi penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih telus dan bebas daripada rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

 

Kemuncak acara, Encik Shah Nizam bin Sehat, Pembantu Penguatkuasaan Cawangan Seremban telah mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Puan Siti Yusnita telah menandatangani IBR dengan disaksikan oleh PPj Yasmin Azura binti Hj Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan.


Hit : 1058