Berita Pendidikan

Program Pemantapan Anti Rasuah “Cegah Ketirisan Dalam Perolehan dan Tata Kelola Pentadbiran” dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Kolej Komuniti Temerloh Pahang

MENTAKAB, 17 Mei – Kolej Komuniti Temerloh telah melaksanakan Program Pemantapan Antirasuah serta Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)bertempat di Dewan Ilham Bestari KKTM dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Temerloh, Pahang.

 

Program dimulakan dengan sesi taklimat anti rasuah yang disampaikan oleh PPs Sutriska bin Sam Basri, Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang. Intipati taklimat adalah mengenai kesalahan rasuah yang sering terjadi dalam kalangan kakitangan awam mahupun swasta. Penceramah turut menyampaikan beberapa kaedah dan peringatan berkenaan bahaya rasuah kepada masa depan individu dan jabatan terutamanya yang melibatkan isu perolehan.

 

Lafaz IBR dipimpin oleh Encik Mohd Nor Hafiz bin Sawandi, Pensyarah Utama Kolej Komuniti Temerloh dan disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.


Turut hadir Encik Mohd Yusof bin Yaziz, Pengarah Kolej Komuniti Temerloh.


Hit : 854