Berita Pendidikan

Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA TERENGGANU, 17 Mei  – Seramai 150 warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menzahirkan komitmen dalam usaha-usaha pencegahan rasuah melalui Program Lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Utama,  Kuarters Tenaga Nasional Berhad, Negeri Terengganu.

 

Lafaz ikrar disaksikan oleh KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Terengganu. Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dan penyerahan dokumen IBR oleh Tuan Haji Ir. Mohamad Mohyddin Bin Mohamed Nor, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Negeri Terengganu.

 

Terdahulu,  satu sesi ceramah bertajuk “Rasuah, Penyelewengan dan salahguna kuasa, serta kesalahan di bawah seksyen 17A, ASPRM 2009” telah disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi bin Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu kepada warga kerja Tenaga Nasional Berhad yang hadir. Sesi ceramah ini telah memberikan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa khususnya di sektor perolehan serta dapat meningkatkan integriti dalam organisasi.

 

Turut hadir Encik P.Kalivann Palanivelu, Ketua Pegawai Pembangunan Integriti, Tenaga Nasional Berhad, PKPj Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu, Encik Rasidi Bin Yamin, Pengurus Besar (Kenyir Power Station) Bahagian Penjanaan, TNB serta pegawai-pegawai Unit Penmas SPRM Terengganu.


Hit : 1678