Berita Terkini

SPRM sambut mesra lawatan pelajar Kelab Integriti (HPD 244A), UITM, Shah Alam

PUTRAJAYA, 16 Mei - Satu Program Dialog Dan Lawatan Akademik Pelajar Kelab Integriti (HPD 244A) UiTM, Shah Alam  yang disertai oleh 26 orang pelajar Kelab Integriti UiTM bersama guru pengiring, Tuan Effezul Azran bin Abd. Maulop selaku pensyarah bagi subjek modul HPD 244A telah diadakan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

 

Taklimat keselamatan telah di sampaikan oleh PPs Shahrul Zachary @ Shahrul Khairi bin Nor Basha daripada Bahagian Keselamatan. Seterusnya, para peserta telah dibawa melawat ke Aras 7, SPRM, Skybridge dan juga konti MACC.fm. Taklimat berkenaan Kawad Cam bagi pengecaman saksi, Bilik Rakaman Bervideo (VIR) serta pengurusan lokap telah diberikan oleh PsK Che Azmin bin Che Soh bersama-sama PsK Firdaus bin Umar @ Adli.

 

Para peserta bertuah kerana dapat bersama-sama PKPj Mohd Nur Lokman bin Samingan  dan PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir dalam slot “Anda Kongsi, SPRM Jawab”. Pelbagai perkongsian serta pengalaman telah dikongsi oleh pegawai-pegawai berkenaan.


Hit : 2069