Berita Pendidikan

Program Wira Anti Rasuah bersama pemimpin muda Sekolah Rendah Arab (SRA) JAIM Merlimau Pasir (SRAMP)

MERLIMAU, 8 Mei  - Telah berlangsung Program Wira Anti Rasuah bersama pemimpin muda Sekolah Rendah Arab (SRA) JAIM Merlimau Pasir (SRAMP) di mana SPRM Melaka dijemput untuk menyampaikan taklimat pendidikan awal kepada pelajar yang menerima watikah perlantikan pemimpin muda sekolah.

Program diteruskan dengan taklimat ringkas antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama tenaga pengajar SRAMP yang diketuai oleh guru besarnya iaitu Tuan Haji Syaari bin Rahudin.

Taklimat telah disampaikan oleh PsK Ahmad Faizul bin Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Melaka dibantu oleh KPKPs Mohd Sufian bin Mohd Khalid, pegawai di Unit Pencegahan SPRM Melaka.


Hit : 1995