
OP Water Sabah (Jabatan Air Negeri Sabah)
Siasatan SPRM
Pada bulan Oktober, 2016, operasi siasatan Ops Water telah dilaksanakan ke atas Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) di Kota Kinabalu, Sabah yang melibatkan dana projek Persekutuan bernilai lebih RM3.3 bilion. Dana ini adalah untuk untuk pembinaan infrastruktur asas berkaitan pengagihan bekalan air bersih untuk rakyat Sabah.
Tangkapan pertama telah dibuat ke atas Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib (bekas Pengarah JANS) dan Teo Chee Kong (bekas Timbalan Pengarah JANS) disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana projek berkenaan.
Mereka telah disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.
Dari bulan Oktober ke November 2016, SPRM telah melakukan tangkapan ke atas Lim Lam Beng (bekas Timbalan Pengarah JANS) serta membuat sitaan harta-harta milik Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib, Teo Chee Kong dan Lim Lam Beng telah disita.
Sejumlah RM114 juta wang tunai dan wang dalam bank telah disita. Selain itu, turut disita sembilan (9) kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah. Kes itu dianggap sebagai penyitaan yang terbesar oleh SPRM dalam sejarah rasuah negara.
Pertuduhan dan Perbicaraan
29 Disember 2016
Awang Mohd Tahir bin Mohd Talib, Fauziah binti Piut (isteri Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib) dan Lim Lam Beng dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di bawah kesalahan Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.
13 Disember 2017
Teo Chee Kong dituduh dengan 78 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFA 2001 dan 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.
18 Februari 2022
Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu membenarkan bekas Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong, dilepas tanpa dibebaskan dari semua 146 pertuduhan pengubahan wang dari aktiviti haram berjumlah RM32.9 juta. Tertuduh turut dikenakan bayaran kompaun RM30 juta oleh SPRM mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
11 April – 14 April 2022
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil (9) orang saksi baharu untuk memberi keterangan pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
25 April – 27 April 2022
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil dua (2) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan empat (4) orang saksi baharu untuk memberi keterangan pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
17 Mei – 19 Mei 2022
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil lapan (8) orang saksi baharu untuk memberi keterangan pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
12 September – 14 September 2022
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil seorang (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan tiga (3) orang saksi baharu untuk memberi keterangan pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
11 Oktober – 13 Oktober 2022
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng tidak dapat diteruskan kerana peguam pihak tertuduh pertama dan kedua tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
11 Januari – 13 Januari 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil tiga (3) orang saksi baharu untuk memberi keterangan pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
2 Februari – 3 Februari 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk memberi keterangan pada dua (2) hari perbicaraan berkenaan.
21 Februari – 24 Februari 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan satu (1) orang saksi baharu memberi keterangan pada tiga (3) hari perbicaraan berkenaan.
8 Mac – 10 Mac 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas pada tiga (3) hari perbicaraan berkenaan.
12 April – 14 April 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan satu (1) orang saksi baharu pada tiga (3) hari perbicaraan berkenaan.
24 Mei – 26 Mei 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan dua (2) orang saksi baharu pada tiga (3) hari perbicaraan berkenaan.
20 Jun – 23 Jun 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula satu (1) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan tujuh (7) orang saksi baharu pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
21 Ogos – 24 Ogos 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula tiga (3) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan satu (1) orang saksi baharu pada empat (4) hari perbicaraan berkenaan.
23 Oktober – 27 Oktober 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula dua (2) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas dan satu (1) orang saksi baharu pada lima (5) hari perbicaraan berkenaan yang diadakan di Bank Negara Malaysia, di Kota Kinabalu. Perbicaraan secara tertutup telah diadakan di Bank Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu bagi membolehkan saksi melakukan pengemukaan, pengecaman dan penandaan kesemua eksibit-eksibit yang telah disita.
6 November – 10 November 2023
Perbicaraan kes Jabatan Air Negeri Sabah yang melibatkan Ag Mohd Tahir Bin Mohd Talib, Fauziah Binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan dengan pihak pendakwaan memanggil semula tiga (3) orang saksi untuk tujuan pemeriksaan balas pada lima (5) hari perbicaraan berkenaan. Perbicaraan masih diadakan di Bank Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu bagi membolehkan saksi melakukan pengemukaan, pengecaman dan penandaan kesemua eksibit-eksibit yang telah disita.
Perbicaraan terhadap Awang Mohd Tahir bin Mohd Talib, Fauziah binti Piut dan Lim Lam Beng diteruskan sehingga kini di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu. Teo Chee Kong dijadikan saksi utama dalam perbicaraan ini.
Maklumat ini telah dikemaskinikan pada 21 November, 2023
Status Kes
Sedang dibicarakan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu
Laporan Media
- SPRM Tahan Dua Pegawai Kanan Kerajaan Kumpul Harta RM50 Juta – 4 Oktober 2016
- Two Sabah agency top officers nabbed, RM3mil seized – 4 Oktober 2016
- Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu – SPRM – 5 Oktober 2016
- MACC seize RM112 million cash from Sabah department director & deputy – 5 October 2016
- RM7.2j dirampas dalam Ops Water Fasa 2 – 23 Oktober 2016
- Bekas Pengarah JANS Sabah, isteri dan seorang lagi dituduh seleweng RM61.48 juta – 29 Disember 2016
- Former Sabah Water director, wife and another charged with misappropriation – 29 December 2016
- 4 tertuduh kes rasuah JANS dibicara serentak – 29 Disember 2016
- 200 saksi perbicaraan ubah wang bekas pengarah JANS – 1 Mac 2017
- Skandal Air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 21 Februari – 30 Januari 2018
- Skandal air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 4 April – 20 Mac 2018
- Bekas timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah bebas 146 pertuduhan – 18 Februari 2022
- Court orders ex-Sabah Water deputy director to pay RM30m as punishment or face all 146 money laundering charges again – 18 February 2022
- Bicara kes Jabatan Air Negeri Sabah disambung – 12 April 2022
- Perbicaraan kes Jabatan Air, ‘Tiada lagi penangguhan’ – 13 Oktober 2022
- Sabah watergate scandal: Ex-engineer received RM9 million commission,court told - 14 April 2023
- Sabah watergate scandal: RM1.2 million seized from former division water engineer – 13 April 2023
- Witness prepared inflated price rate, Sabah ‘Watergate’ trial told – 24 February 2023.
- Sabah water scandal: Up to RM3.5m in 'commissions' handed over yearly from 2006 to 2016 – 24 February 2023
- RM63mil recovered in 2016 Sabah 'watergate' scandal, Dewan Rakyat told – 14 February 2023
Kenyataan Media
- Individu Keempat Dituduh Berhubung Skandal JANS – 13 Disember 2017
- RM19.97 Juta Wang Sitaan Ops JANS Dilucuthakan, Serah Kepada Kerajaan Malaysia – 8 Disember 2017
- SPRM Nafi Dakwaan Kes JANS Tiada Unsur Rasuah – 30 Julai 2017