
Kes Kartel Perolehan (Dato’ Adly Kamarudin)
Siasatan SPRM
Pada tahun 2018 hingga 2020, Dato’ Adly bin Kamarudin telah menggunakan pelbagai syarikat di bawah kendaliannya untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada beberapa agensi kerajaan bagi memperoleh kerja-kerja di agensi kerajaan terbabit.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Pada 5 April 2021, Dato’ Adly bin Kamarudin, seorang pegawai jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), dan enam pekerja Dato’ Adly telah ditahan oleh SPRM.
Pada 15 April 2021, kesemua tertuduh telah dilepaskan dari tahanan SPRM dengan jaminan.
Sitaan wang tunai terhadap Dato’ Adly adalah sebanyak RM 3,187,770.00. Dua belas buah kenderaan, sebuah helikopter dan sebuah kapal layar turut disita. 12 kenderaan tersebut telah dilepaskan dengan bon berjumlah RM200,000, manakala helikopter dan kapal layar tersebut dilepaskan dengan bon tanpa deposit.
Pertuduhan dan Perbicaraan
1 September 2021 — Sebanyak 69 pertuduhan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan [Akta 574] di Mahkamah Sesyen Jenayah, Shah Alam, Selangor. Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan dan mohon untuk dibicarakan. Hakim membenarkan jaminan mahkamah RM500,000.00 dengan satu orang penjamin. Tertuduh perlu hadir melapor diri pada setiap bulan di SPRM Kuala Lumpur.
22 Mac 2022 — Pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan 1 hingga 7 dan pertuduhan 46 hingga 48 dan dikenakan denda sebanyak RM 300,000.00 bagi setiap pertuduhan pilihan yang diakui bersalah (keseluruhan denda berjumlah RM 3,000,000.00) dan tiada hukuman pemenjaraan dikenakan.
Tertuduh juga bersetuju untuk tidak menentang permohonan pendakwaan untuk melucuthak sejumlah RM 5,014,633.24 daripada 18 akaun yang disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Maklumat ini telah dikemaskinikan pada 4 Mei, 2023
Status Kes
Tertuduh mengaku salah dan dikenakan hukuman denda serta dilucuthak sejumlah wang.
Laporan Media
- Datuk Adly tipu projek JKR didenda RM3 juta
- SPRM lumpuh kartel monopoli tender kerajaan RM3.8 bilion
- SPRM tumpas kartel monopoli tender kerajaan RM3.8 bilion
- Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku
- Datuk Adly hadapi 69 tuduhan pemalsuan dokumen tender kerajaan
- Datuk Adly didenda RM3 juta, lucut hak RM5 juta
- Datuk didakwa dalang kartel projek kerajaan hadapi 69 tuduhan palsu dokumen
- Dalang kartel projek kerajaan berdepan penjara 483 tahun
- SPRM beku akaun RM100 juta, sita dua helikopter
- Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' didakwa 69 pertuduhan penipuan projek kerajaan
- Ketua sindiket kartel projek hidup mewah luar biasa
- Datuk Adly didenda RM3 juta, lucut hak RM5 juta — 22 Mac 2022