
Kes Pristine Offshore Sdn Bhd
Siasatan SPRM
Pada Disember 2020 sehingga Mac 2021, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) telah menjalankan siasatan, Ops Leena 1.0 melibatkan pegawai-pegawai kanan syarikat Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan Deleum Primera Sdn Bhd (DPSB) yang disyaki telah menerima rasuah berkaitan beberapa projek daripada PCSB.
Susulan siasatan Ops Leena 1.0, pihak siasatan juga mendapati terdapat pecahan penerimaan rasuah lain daripada projek-projek PCSB kepada DPSB termasuklah projek yang telah dianugerahkan kepada syarikat subkontraktor iaitu Pristine Offshore Sdn Bhd (POSB). Sehubungan itu pihak siasatan telah melancarkan Ops Leena 2.0 dan telah mengesan kesalahan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.
Siasatan ini berhasil dengan pertuduhan di mana kes ini merupakan jenayah liabiliti korporat pertama yang dituduh/didakwa di Malaysia.
Pertuduhan dan Perbicaraan
18 Mac 2021 — Syarikat penyewaan kapal, Pristine Offshore Sdn. Bhd. telah didakwa di Mahkamah Sesyen Syah Alam atas pertuduhan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009. Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Pristine Offshore menjadi syarikat pertama yang didakwa di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009: Kesalahan oleh organisasi komersial sejak akta tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.
Mengikut pertuduhan, seseorang yang bersekutu dengan syarikat Pristine Offshore iaitu pengarahnya, Chew Ben Ben, telah memberi suapan kepada Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat berjumlah RM321,350.
Suapan itu bertujuan bagi memastikan syarikat Pristine Offshore dianugerahkan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak. Perbuatan itu dilakukan di Bandar Kinrara, Puchong di antara 29 Jun dan 14 Oktober 2020. Jumlah nilai rasuah adalah RM321,350.00.
Mahkamah Sesyen Syah Alam menetapkan tarikh perbicaraan pada 7-27 September 2023, 12-24 Oktober 2023, 21-22 November 2023.
Maklumat ini telah dikemaskinikan pada 4 Mei, 2023
Status Kes
Kes masih dalam perbicaraan.
Laporan Media
- Pristine Offshore didakwa beri suapan RM321,350
- Pristine Offshore didakwa atas kesalahan rasuah
- Oct 11 fixed for case management in corporate liability case involving Pristine Offshore
- Report: Pristine Offshore Sdn Bhd becomes first company charged under Malaysia’s new corporate liability anti-corruption law
- Pristine Offshore jadi organisasi komersial didakwa rasuah
- Syarikat penyewaan kapal, bekas pengarah didakwa rasuah
- Pristine Offshore didakwa atas kesalahan rasuah
- Pristine Offshore pleads not guilty to corruption- first commercial company charged under Section 17A of MACC Act
- Pengarah dan Bekas Pengarah Bersekutu Rasuah Didakwa di Mahkamah
- Firm charged under new law
- Ship chartering firm first to be charged under MACC Act’s corporate liability provision