
OP Selat (Kebolosan Warga Asing)
Siasatan SPRM
Ops Selat dilancarkan bagi mengesan kegiatan menerima rasuah oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) daripada ejen-ejen sindiket sebagai balasan membenarkan warga asing di bawah kendalian ejen yang telah tamat tempoh passport ‘blacklist’ dan ‘overstay’ di Malaysia untuk keluar masuk Malaysia tanpa kehadiran pemegang passport.
Pada 16 sehingga 30 November 2020, seramai 66 individu ditahan terdiri daripada 39 pegawai JIM, 17 ejen sindiket dan 10 orang awam.
Nilai wang atau aset yang dilucuthakan berjumlah RM15, 785,611.07.
Pertuduhan dan Perbicaraan
11 dan 14 Disember 2020 — Dua ejen sindiket mengaku bersalah di bawah kesalahan Seksyen 214 Kanun Keseksaan secara berasingan. Masing-masing dihukum denda RM10,000 dan penjara satu bulan, manakala wang berjumlah RM21,000 telah dilucut hak.
14 dan 16 Disember 2020 — Lapan pegawai JIM dituduh secara berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Mahkamah Sesyen Butterworth, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mahkamah Sesyen Melaka dan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Lima pegawai JIM mengaku bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009. Masing-masing dihukum penjara antara 30 hari hingga 12 bulan dan denda antara RM2,000 sehingga RM40,000.
Maklumat ini telah dikemaskinikan pada 4 Mei, 2023
Status Siasatan
Perbicaraan kes sudah selesai dengan sabitan hukuman dan penjara.
Laporan Media
- Ops Selat
- Ops Selat: Pegawai Imigresen Didenda RM50,000
- Ops Selat: Pegawai Imigresen disyaki ahli sindiket curi kenderaan
- 4 lagi ditahan dalam Ops Selat
- Op Selat: Pegawai Imigresen di KLIA antara tiga direman SPRM
- Op Selat: Lapan pegawai Jabatan Imigresen didakwa di enam negeri bermula esok
- Op Selat: SPRM reman dua individu dipercayai ejen
- Op Selat: Lapan pegawai Imigresen dituduh esok dan Rabu
- Op Selat: Timbalan Pengarah Imigresen antara 20 individu ditahan SPRM
- Pegawai Imigresen gagal lapor pemberian rasuah didenda RM35,000
- Op Selat: Lapan pegawai imigresen didakwa esok, Rabu
- Dua pegawai Imigresen di KLIA2 mengaku tidak bersalah terima rasuah
- SPRM tahan timbalan pengarah imigresen terbabit sindiket
- Tiga pegawai Imigresen terima rasuah lepaskan warga asing didenda
- Agen pekerja asing terlibat sindiket seludup orang, kata sumber
- MACC nabs three more Immigration officers in 'Ops Selat' blitz
- Mengaku salah terima sogokan, pegawai imigresen didenda RM30,000
- Op Selat: Pegawai Imigresen nafi terima suapan lebih RM800,000 - Januari 26, 2021
- Hanya segelintir pegawai Imigresen terbabit pelanggaran integriti - Mac 25, 2023