
Kes YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Siasatan SPRM
Pada tahun 2020, SPRM telah membuka lima Kertas Siasatan bagi menyiasat isu berkaitan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman melibatkan pecah amanah jenayah dana ARMADA, Bersatu berjumlah RM1 juta, penyalahgunaan wang sumbangan PRU-14 berjumlah RM120,000.00 dan pengubahan wang hasil aktiviti haram dengan memindahkan wang berjumlah RM100,000.00 untuk dua transaksi.
Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000.00 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pada 5 Ogos 2021 pula, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua lagi pertuduhan iaitu pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.00 dan mahkamah kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.
Sejumlah RM600,537.00 wang tunai telah disita oleh pihak SPRM membabitkan pecah amanah dana ARMADA, Bersatu manakala sejumlah RM4,652,155.62 wang tunai dalam akuan bank disita oleh SPRM melibatkan penyalahgunaan dana YPC yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan dan mohon untuk dibicarakan. Hakim membenarkan jaminan mahkamah RM300,000.00 dengan seorang penjamin.
Pertuduhan dan Perbicaraan
23 Ogos 2021
Syed Saddiq memohon empat pertuduhan yang dihadapinya itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
25 November 2021
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu.
19 Januari 2022
Hakim Mohamed Zaini menasihatkan Syed Saddiq agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya.
24 Mac 2022
Pendakwaan kemuka dua pertuduhan pindaan berhubung kes pecah amanah dan menyalahgunakan wang milik ARMADA yang dihadapi Syed Saddiq dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
21 Jun 2022
Perbicaraan hari pertama kes Syed Saddiq yang menghadapi empat pertuduhan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid.
4 Julai 2022
Azhar mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu.
7 Julai 2022
Pihak pembelaan memohon untuk mencabar kredibiliti saksi utama iaitu Rafiq Hakim Razali berikutan percanggahan dalam pernyataan saksi dan keterangan lisannya di mahkamah namun permohonan itu ditolak.
8 Julai 2022
Syed Saddiq memohon maaf di mahkamah kerana memuat naik semula satu hantaran di laman media sosialnya berhubung perbicaraan kesnya itu.
21 Julai 2022
Azhar mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu.
22 Julai 2022
Syed Saddiq sekali lagi memohon mencabar kredibiliti saksi sama (Rafiq Hakim) susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisannya di mahkamah dan permohonan itu juga tidak dibenarkan.
27 September 2022
Pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
6 Oktober 2022
Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah berhubung empat pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.
28 Oktober 2022
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac, 2023.
14 Mac 2023
Selesai pembelaan di Mahkamah Kuala Lumpur
14 April 2023
Pendakwaan dan pembelaan selesai hujahan dan mahkamah belum lagi menetapkan tarikh bagi keputusan.
Maklumat ini telah dikemaskinikan pada 9 November, 2023
Status Kes
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.
Laporan Media
- Syed Saddiq didakwa pecah amanah, salah guna wang – Berita Harian – 22 Julai 2021
- Syed Saddiq didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram – Harian Metro – 5 Ogos 2021
- Permohonan Syed Saddiq pindah 4 kes dihadapinya didengar 25 November – Harian Metro – 25 Ogos 2021
- Bicara Syed Saddiq bermula tegang – Berita Harian - 21 Jun 2022
- Pembelaan mohon cabar kredibiliti saksi utama kes gubah wang haram Syed Saddiq – MalaysiaNow.com.my – 7 Julai 2022
- Pendakwaan tutup kes pecah amanah, pengubahan wang haram RM1j Syed Saddiq – Utusan Malaysia – 27 September 2022
- Syed Saddiq diperintah bela diri – Harian Metro – 28 Oktober 2022
- 8. Syed Saddiq mula beri keterangan bela diri – Utusan Malaysia – 22 Februari 2023
- 9. Prosiding bela diri Syed Saddiq selesai – Sinar Harian – 14 Mac 202
- Keputusan kes Syed Saddiq diputuskan kemudian – 11 April 2023
- Syed Saddiq dibenar hadir persidangan antarabangsa – 19 April 2023
-
PegawaiSPRM pujuk Syed Saddiq sokong Muhyiddin – 3 Februari 2023
- Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam' - Syed Saddiq – Februari 22, 2023
- Pendakwa kes Syed Saddiq bangkit isu keterangan saksi pembelaan bercanggah - 13 Mac 2023
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-dipenjara-7-tahun-sebatan-denda-rm10-juta-445336