Berita Pendidikan

Program Bicara Antirasuah SPRM Bantu Construction Research Institute Of Malaysia (CREAM)

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) menganjurkan Program Bicara Antirasuah bersama SPRM bertempat di Bilik Gerakan Balau, Tingkat 32, Menara Dato’ Onn. Program yang disertai seramai 80 orang peserta ini terdiri daripada barisan Pengurusan dan Eksekutif CREAM.

Ketua Pegawai Eksekutif CREAM, Ir. M. Ramuseran dalam ucapannya berkata, objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran betapa pentingnya mewujudkan budaya antirasuah, tadbir urus dan integriti warga kerja CREAM itu sendiri.

Ceramah berkaitan perolehan, penguatkuasaan dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, PKPj Awang Samsul Baharam Bin Bungso.


Hit : 1936