Berita Pendidikan

SPRM Gesa Majlis Guru Besar Daerah Kapit Tangani Rasuah Di Sekolah

PUTRAJAYA, 28 Mac - SPRM menggesa 40 Guru Besar Daerah Kapit, Sarawak tangani rasuah di sekolah sempena lawatan Majlis Guru Besar Daerah Kapit ke Ibu Pejabat SPRM.

Lawatan tersebut diketuai Guru Besar SK Methodist Kapit, Joseph Arthur Taboh bagi mendapatkan pendedahan berkaitan antirasuah. Taklimat awal berkaitan kesalahan Akta SPRM 2009 telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat, PKPj Samsul Salip diikuti sesi dialog 'Rasuah Dalam Perolehan dan Pengurusan Kewangan Sekolah' menampilkan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Ab Muneim Ibrahim dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, KPKPj Galan AK Ngadit sebagai ahli panel.

Terdahulu, peserta telah mengadakan lawatan penanda aras pelaksanaan Kedai Jujur di SK Putrajaya Presint 9(2). Kemudiannya, dibawa melawat dan diberi penerangan mengenai pengendalian lokap, bilik VIR dan bilik Kawad Cam SPRM.


Hit : 1965