Berita IBR

MPK LAFAZ IBR IKRAR TOLAK RASUAH

KLUANG, 14 Mac - Majlis Perbandaran Kluang (MPK) menzahirkan kesediaan untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bersama SPRM menerusi Lafaz IBR bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

Yang Dipertua MPK, Puan Azurawati Binti Wahid berkata, semua warga MPK diseru agar sama-sama menjalankan tanggungjawab dan bekerja dengan hati yang tulus, ikhlas dan menghindarkan daripada terjebak dengan jenayah rasuah.

Puan Azurawati telah mengetuai sesi menandatangani IBR manakala lafaz IBR diketuai oleh Setiausaha MPK, Encik Mohd Yazid Bin Baharudin dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Johor, Dato’ Azmi bin Alias.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Whip MPK, Encik Md Norhalim bin Md Amin dan Pegawai Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ), Puan Nur Syafiqah binti Md Shahril.

Dalam majlis yang sama, pegawai SUKJ, Encik Saiful Syahir bin Mohamad Sopah telah menyampaikan taklimat pencegahan rasuah kepada peserta yang hadir.


Hit : 1141